Friday, May 25, 2012

Just so you know,

Okay, baca balik entry sebelum. Terasa diri ini begitu gedik sebab semangat upload sijil segala. Seterusnya menjadi tanda tanya ramai pihak. Hewhewhew (gelak pun nak style gedik MS) ;P , maaf ye awak awak semua.

Btw, aku bukannya nak kawen dalam masa terdekat ni. Tak semestinya pergi kursus kawen tu, memang sah sah dah nak kawen esok lusa kan. InsyaAllah, kalau diizinkan. Awak awak semua doakan jela jodoh kami berkekalan ye :)




Wednesday, May 23, 2012

Tumpang lalu ;P




Ya Allah, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan.


Semoga semua dipermudahkan. 
Amin.



Sunday, May 20, 2012

Gambang Waterpark

Entry pertama untuk bulan Mei :)

Plan last minute ni. Masa cuti hari pekerja hari tu (punyalah dah lama) Along ajak adik adik nya pergi bermandi manda kat Gambang Waterpark. Main main air giteww. Aku dengan Ewan adalah manusia yang paling excited time tu sebab kami berdua je tak pernah sampai sini. Nama je anak jati Pahang, anak jati Kuantan. Tapi hampehh. Tempat sendiri pun tak habis terjah lagi. Tempat orang lain bukan main, rajen pulak nak explore setiap ceruk kan. Tsk.

Adik yang lagi sorang tu tak dapat nak join kami berjimba sebab ada kelas. Aloh aloh aloh kesian awok Fiq. Weekend manjang ada kelas. Time orang lain kerja, dia pulak cuti. Haihhh. Sabau jela dik. Takpe, next time pulak kita pergi sama sama eh ;)

Em. Pagi tu Along gerak dpd Kempadang, pick up kami kat rumah. Lepas breakfast, terus gerak. Sampai sampai dalam pukul 9 lebih camtu tak ramai orang lagi. Terus terjah segala jenis slide dulu. Sebab dikhuatiri dah tengah hari nanti orang ramai pulak beratur nak main slide. 

Okay, sebelum itu, haruslah bergambar dulu sebelum basah basahan kan hewhewhew.







Dah puas jerit jerit main semua slide, baru kami pergi beach dia. Berendam sampai lebam. Eh. Berendam sampai hitam. Hihuuuuu. Adik aku sangatlah over. Tak puas puas dia berendam. Tak reti penat ke hape. Entah berapa round ntah dia swimming. 


Thanks kakak, tolong snap kan gambar kami :)


Adik, Along dan Abg Long 


Pengantin baru weewittt


Ini budak sangat lah over.



Dah penat penat mandi tu, kami rehat rehat sekejap. Aku dengan Along lepak lepak kat food court. Adik dan abang ipar pergi main slide lagi. Melangut laa kami menunggu dorang. Mata dah mengantuk, perut dah lapar. Tsk tsk. Dalam setengah jam (ke lebih ntah) macam tu, baru dapat makan nasi. Waaaaaa, heaven tak terkata. Semua habis licin. Dah kata lapo kan. 

Dah kenyang perut, Adik ajak lagi round swimming swimming. Swimming lah sangat dengan pelampung kan. Hewhewhew. Maka, kami pun round lah lagi sekali.


Pengantin baru lagi.


Seee ? Over nau.


Aku tak reti swimming. So aku jadi tuan puteri je duduk atas pelampung yang dipandu oleh Adik. Hik3



Dah habis round, dorang ajak main slide lagi. Ohhh memang takk ! Aku dah loss of energy sangat sangat dah. Lagipun dah tengah hari. Matahari dah terik, ohh not good not good. Terus aku dengan Along naik mandi tukar baju, dan solat dulu. Adik dan abang ipar still nak main air lagi. Boleh ?

Siap siap mandi solat semua, tunggu dorang pulak. Bergambo dulu ;P



Cantik building ni. I likeeeeeee ! ;)


Sementara menunggu dorang setel semua.



Dan sebelum balik ;















And last but not least ;


Ehem ehemm ;)


Jumpa lagi Gambang Waterpark ! 




Monday, April 30, 2012

Tips Perkahwinan UAI :)


KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan






Wednesday, April 25, 2012

Subhanallah, cantiknyaaaaaaaaaaaa !



Alhamdulillah, semua sudah selesai.

Teringin jugak nak sampai sana one day, insyaAllah :)



Friday, April 13, 2012

Wednesday, April 11, 2012

Kerinduan.

Hari ketiga MS berada di Tanah Suci. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Semoga MS dapat beribadah dengan tenang di sana. Semoga Allah perkenankan doa kita. Amin ya Rabb.

Semalam dapat call dpd MS. 
Alhamdulillah. 
Senyum. 
Aku merinduimu sayang.

Now playing : Tuhan Jagakan Dia by Motif Band